Wednesday, 18 May 2016

Kenangan terakhir kali

terima Kasih sahabat kerana sudi meluangkan masa bersama, walau manis nya cuma sementara. 
Manisnya sekadar dalam skeping gambar, aku harap kalian tak lupakan aku di sini. 

Maafkan aku seandainya sepanjang kita bersama, belajar bersama, group bersama, banyak menyakiti dan membuat hati kalian terluka kerana Aku, atau kalian mungkin terfikir aku tidak berguna atau aku tidaklah sehebat kalian, aku minta maaf. kerana ALLah dah tetapkan kemampuan aku setakat ini, dan mungkin bukan rezeki lagi untuk mencapai ke arah kecermelangan.Aku belum lagi dapat membantu kalian melicinkan kerja asgment n presentation. dan mungkin dah xberpeluang ke arah tu. maaf maaf maaf.  Tapi aku sudah sedaya upaya buat yang terbaik. Maaf seandainya aku langsung tidak membantu kalian dalam urusan asgment... kerana aku fikir siapalah aku untuk mendengar luahan pendapat aku. Biarlah aku membisu dari termakan hati. maafkan aku kerana aku hanya insan biasa. 



tapi.....






tanpa kalian, aku rebah.. kerana kehadiran kalian pada 2013 memberi kegembiraan tak terkata buat aku, Allah hadirkan aku teman2 yang pelbagai ragam dan sering menghiburkan aku sehingga aku kering gusi. Kalian pun banyak membantu aku dalam pelajaran. TApi... mugkin kealpaan aku membuatkan aku jauh dengan Allah, dan Allah tarik kegembiraan aku dengan menjauhkan aku dengan korang. yup! Allah murka.  



Aku redha dan bersyukur, walau berjauhan, paling kurang kalian tak melupakan aku yang kerdil ini. Jadi oleh kerana kita ramai, jarang dapat bersama macam dulu, jrang dapat keluar bersama-sama,makan bersama2, ketawa bersama2, dan bila nak berckap ,ade sesetengah kalian tengah dilanda pergolakan hati, aku xsempat nak bercakap & meminta maaf sbb risau hubungan ini makin renggang, aku biarkan saja dan mampu bukak blog n luah aje kat siini.. 

Pertama sekali, minta maaf kat Bella sebab pasal kasut tu, hubungan dah makin jauh, buat pengetahuan mu aku dah lama maafkan mu. terima kasih sudi kawan ngn aku. &masih boleh tersenyum walaupun senyumanmu dah xseindah dulu. dah tawar.Andai aku banyak sakitkan hatimu, tolong maafkan aku dari hujung kaki sampai atas kepala,

Buat Engku, sori kalau ada perkataan yang pernah saya terkuat suara atau ada yang bertelingkah pendapat slama ni, maaf andai nasihat yang Engku bagi buat saya bercakap dengan suara yang tinggi, tapi jangan risau, dalam hati ni tetap tertanam segala nasihat yg ENgku bg selama ni , tq. mAafkan atas semua yg saya buat. 

Buat Farah, maaf andai gurauan aku terlalu kasar, da buat kan mu rasa terluka dari sudut hati, maaf. mAaf mase rumah sewa dulu kalau mu ade terkecil hati pasal aku nak duk katil tingkat bawah. aku tau mu terasa. maaf kalau aku banyak susahkan mu. n banyak lagi aku mungkin tak ingat ...

bUat Intan & Chah, dalam masa terdekat ni... aku minta maaf kalau mase nak buat keputusan nak bentang tu , aku tak respon. sebab aku tengok kata2 kat grup tu mcm kata-kata tegang, jadi aku bimbang mesej aku akan buat orang lagi panas hati. maaf sangat2. tapi terima kasih sebab ikhlas tolong sahabat2 kita. terima kasih and mitak maaf sangat. moga kebaikan & keikhlasan dlaam menolong tu terbalas oleh Allah. 

Buat Wahed, sori atas segalanya, sori jika ada terlanjur bicara dan gurau2 senda yg kasar. kot kot ada tersentap. he he he... terima kasih terima sebagai sahabatmu.

BUat Ain& PaPAah.. maaf juga atas semuanya. terima kasih atas segalanya.









 Mungkin ini kali terakhir kita bersua, andai kita berjumpa lagi, mungkin ALLah nak perbaiki lagi kisah sahabat kita sebelum ini ke arah kebaikan lagi. IsyaAllah....

Ini sahaja nukilan dari aku.....




Wednesday, 6 April 2016

bICARA Hati aku tentang mereka

Terima kasih sahabat kerana sepanjang Ijazah syariah, kalian banyak membantu aku dalam banyak perkara.  Aku bersyukur dan gembira dapat kenal ngan kalian. Sahabat cloud9.  ;-)

papah: Made in selangor. kawan paling coOl yang pernah aku kenal selama ni. selalu senyum jarang bad mood. ceria setiap masa. tension dengan banyak kerja pun masih lagi boleh senyum dan enjoy dengan life dia. bila dekat ngan dia masalah tak berapa nak jadi masalah sebab dia enjoy dengan apa yang berlaku dalam hidup. selalu positive dan beri kata semangat kat aku. :-) dia tak lekang dengan senyum dan selalu beri inspirasi untuk aku terus berusaha capai kejayaan. rajin dan sabar.suka share tentang pelajaran. terima kasih ye atas bantuan selama nie 

wahed:Made in selangor. kawan yang kecoh tapi baik hati. kalau dok sebelah dia time lecture dok ngajar n baru je cakap xfaham,terus dia ajarkan apa yang kita xfaham. tak kedekut ilmu.selalu share ilmu pengetahuan dan suka bercerita..Jarang bersama tapi kami tetap kawan baik...  tengkiu ye wahed atas kesudian bersahabat. ;-)

Engku: mADE IN terengganu. seorang kawan yang solehah,lemah lembut,tak pernah marah2,tak pernah kuatkan suara,tak pernah merungut,tak pernah cakap benda bukan2.kawan yang sangat menjaga perasaan.Mengambil berat pasal ketika sakit. ketika diri ini lemah dalam pelajaran..selalu memberi kata inspirasi dan nasihat kepada diri ini.. ;-) 

Intan: Made in KL .Yang ni sorang seorang yang gila2 orangnya.tapi baik sangat.suka gelak walaupun benda tak berapa lucu.Tpi ok lah sebab dapat ceriakan suasana suram.suka bercerita,sempoi orangnya.Dia pun sporting aje dan selalu membantu aku kalau aku tak faham pelajaran. suka berkawan dengan orang yang sporting.share cerita ngan dia bab2 kecantikan aje.yang lain xde.semua ok! masalah?bila kami berkawan seolah2 tiada masalah yang nak di share same2 ;-O

Farah: made in Kedah. Yang ni lak suke cakap ana enti..tp dulu2 la,skrg dh tukaq pkataan ''org''.banyak mulut,time senyap dia senyap.kalau borak no.1. sporting jugak. tapi jarang bercerita.suka share pasal family. masalah peribadi jarang2 tapi kalo dah start bcerita xsah kate, mmg detail habes! ;-)

bella: made in Perak. Kawan aku sorang ni tersangat banyak cakap. kadang2 orang bosan apa yang dia cakap tapi tetap dengor aje. ;-) tapi dia seorang yang baik hati,kalau time aku menangis2 tu mesti dia la yang akan nampak dulu. Bella caring orangnya. dia tak kisah kalau aku bawak diri entah ke mana.tak cakap ngan dia berhari2 pon dia tak kisah.tapi bila diri ni sedih dan muram dialah orang pertama yang akan bertanya khabar tentang saya.kenapa bersedih,kenapa senyap ,kenapa tak cakap.mulalah soalan ''kenapa'' dia tu.tak boleh tengok orang senyap! hehehe. kalau aku happy dia tak layan pun.sebab dia pun tengah melayan kawan2 lain. tp xpe, aku pon xkisah mane2.

chah: yang ni plak jenis gila2. garang tapi baik. kalau bab2 nak bercerita mmg bagi kat dia.syok bila bercerita.suka bergurau senda.mengusik orang,;-) bab pelajaran jarang bincang sekali, bab hati pun x, tapi bab gila2 serah kat dia. hmmm...

ain: ni rumet aku selama 2sem ijazah.alhamdulillah macam bermimpi dapat rumet dengan dia.masa diploma ada masalah sikit,masa tu start rapat,masing2 memerlukan antara 1 sama lain.kami selalu contact walaupun dah habis diploma.n tak sangka bila sambung ijazah dapat jumpa lagi.Ain baik orangnya,caring,selalu bagi kata2 semangat dan nasihat. Kawan yang paling banyak tahu tentang saya.80% saya share masalah saya kat dia.pasal pelajaran,family,suka duka&secret2. Menyokong segala yang aku buat.banyak tolong aku time aku susah.datang je susah mesti muka dia yang akan tolong aku.sikit2 dia sikit2 dia,memang tak de orang lain la yang sanggup tolong aku.aku pun kalau susah paling senang nak minta pertolongan mesti ngan ain je,dia banyak berkorban demi sahabat,dia seorang yang setia kawan.dan aku takkan sia2 kan persahabatan kami.garang tapi baik.setahun sebilik memang kenal sangat diri dia macam mana.so lagi senang nak handle kalau ape2 berlaku. ;-0)

walau apapun, mereka tetap aku sayang. sebab tu bes kan bila berkawan ramai2 macam nie, pelbagaian ragam pun banyak,  
#maaf kawan andainya selama kita bersahabat, aku ada menyakitkan atau membuat kalian terasa hati dalam diam atau tidak. 
aku juga insan biasa yang dalam xsedar menyakitkan hati manusia yang lembut.
semoga persahabatan kami kekal hingga ke syurga. AMIN.



papah,wahed,engku,tantan,farah,bella,me,chah,ain
friends to jannah ;-)



Jika ada teman yang meminta maaf darimu ,maafkanlah mereka dan segera minta maaf dengan dia pula.
dengan adanya sikap sebegini.Pasti keikhlasan dalam bersahabat terpancar bersinar suci DAN kekal abadi buat selamanya.
Raptai konvo 1 Dis 2013


ni picture kesayangan .



ada pepatah berkata:
jika ingin dapatkan teman yang betul2 baik buatlah dia marah..
jika dia menjauhi kita dan mengata ttg kita pada orang lain,dia bukanlah sahabat kita malah ia musuh kita.
namun jika ia tetap bersama,dialah sahabat kita yang sebenar2nya .


Dalam bersahabat tidak boleh ada sifat dengki,cemburu,dendam,terlalu taksub dengan sahabat.kadang2 mereka memang sahabat tapi bukan 24jam perlu berkepit dengan kita.dia memang sahabat kita,tapi tidak semua perkara perlu diberitahu pada kita.jadi kawan2 jangan mudah melenting dalam bersahabat kerana setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.

biarkan yang berlalu dan biarkan yang sudah pergi.yang pergi mungkin akan membawa yang lebih baik buat kita,mungkin allah memisahkan antara sahabat dari kita kerana DIA tahu sahabat itu tidak baik untuk kita dan memberi yang lebih terbaik buat kita.Jadi setiap yang terjadi ingatlah ALLAH  yang berkuasa seluruh alam.

terima qada' dan qadar.tinggalkan siapa yang sudah meninggalkan kita,dan rapatlah dengan siapa yang ingin rapat dengan kita.sesungguhnya apa yang berlaku ada sebabnya.

Apa yang penting:-
cubalah menerima segala kekurangan dan kelebihan yang terdapat dalam diri sendiri dan orang lain.
KERANA
setiap insan di muka bumi ini tidak sempurna ..
dan ALLAH jadikan sebegini secara adil kerana
kekurangan n kelebihan yang ada pada diri masing-masing merupakan
PELENGKAP KEHIDUPAN KITA sebenarnya.
tanpa semua itu kita tidak akan sempurna melainkan kita semua bergabung dan bersatu. :)

Tuesday, 5 April 2016

Terima Kasih sahabat!!

Aku gembira punya sahabat yang ramai.

Dalam meniti semester ijazah syariah baru, aku seperti angin yang tak tahu nak bawa arah tujuan. Mungkin sebab sendirian. Namun aku gagahkan diri untuk teruskan kehidupan di sini. LAGI 3tahun. Mase tu awal 2013. Tetap yakinkan diri. Allah ada, Allah pasti hadirkan aku sahabat. 

Dan kini... 2013-2014.. Allah hadirkan aku 8 sahabat baik yang sentiasa di sisi di mana jua aku berada. Syukur aLhamdulillah.

Terima kasih kawan-kawan kerana sudi bersahabat dengan aku. Sudi menghiburkan aku saat aku kesunyian, walau aku merasa diri kalian makin jauh dengan aku, aku tetap bersangka baik, biar jauh, asal dekat di hati.

Di awal perkenalan