Terima kasih sahabat kerana sepanjang Ijazah syariah, kalian banyak membantu aku dalam banyak perkara. Aku bersyukur dan gembira dapat kenal ngan kalian. Sahabat cloud9. ;-)
papah: Made in selangor. kawan paling coOl yang pernah aku kenal selama ni. selalu senyum jarang bad mood. ceria setiap masa. tension dengan banyak kerja pun masih lagi boleh senyum dan enjoy dengan life dia. bila dekat ngan dia masalah tak berapa nak jadi masalah sebab dia enjoy dengan apa yang berlaku dalam hidup. selalu positive dan beri kata semangat kat aku. :-) dia tak lekang dengan senyum dan selalu beri inspirasi untuk aku terus berusaha capai kejayaan. rajin dan sabar.suka share tentang pelajaran. terima kasih ye atas bantuan selama nie
wahed:Made in selangor. kawan yang kecoh tapi baik hati. kalau dok sebelah dia time lecture dok ngajar n baru je cakap xfaham,terus dia ajarkan apa yang kita xfaham. tak kedekut ilmu.selalu share ilmu pengetahuan dan suka bercerita..Jarang bersama tapi kami tetap kawan baik... tengkiu ye wahed atas kesudian bersahabat. ;-)
Engku: mADE IN terengganu. seorang kawan yang solehah,lemah lembut,tak pernah marah2,tak pernah kuatkan suara,tak pernah merungut,tak pernah cakap benda bukan2.kawan yang sangat menjaga perasaan.Mengambil berat pasal ketika sakit. ketika diri ini lemah dalam pelajaran..selalu memberi kata inspirasi dan nasihat kepada diri ini.. ;-)
Intan: Made in KL .Yang ni sorang seorang yang gila2 orangnya.tapi baik sangat.suka gelak walaupun benda tak berapa lucu.Tpi ok lah sebab dapat ceriakan suasana suram.suka bercerita,sempoi orangnya.Dia pun sporting aje dan selalu membantu aku kalau aku tak faham pelajaran. suka berkawan dengan orang yang sporting.share cerita ngan dia bab2 kecantikan aje.yang lain xde.semua ok! masalah?bila kami berkawan seolah2 tiada masalah yang nak di share same2 ;-O
Farah: made in Kedah. Yang ni lak suke cakap ana enti..tp dulu2 la,skrg dh tukaq pkataan ''org''.banyak mulut,time senyap dia senyap.kalau borak no.1. sporting jugak. tapi jarang bercerita.suka share pasal family. masalah peribadi jarang2 tapi kalo dah start bcerita xsah kate, mmg detail habes! ;-)
bella: made in Perak. Kawan aku sorang ni tersangat banyak cakap. kadang2 orang bosan apa yang dia cakap tapi tetap dengor aje. ;-) tapi dia seorang yang baik hati,kalau time aku menangis2 tu mesti dia la yang akan nampak dulu. Bella caring orangnya. dia tak kisah kalau aku bawak diri entah ke mana.tak cakap ngan dia berhari2 pon dia tak kisah.tapi bila diri ni sedih dan muram dialah orang pertama yang akan bertanya khabar tentang saya.kenapa bersedih,kenapa senyap ,kenapa tak cakap.mulalah soalan ''kenapa'' dia tu.tak boleh tengok orang senyap! hehehe. kalau aku happy dia tak layan pun.sebab dia pun tengah melayan kawan2 lain. tp xpe, aku pon xkisah mane2.
chah: yang ni plak jenis gila2. garang tapi baik. kalau bab2 nak bercerita mmg bagi kat dia.syok bila bercerita.suka bergurau senda.mengusik orang,;-) bab pelajaran jarang bincang sekali, bab hati pun x, tapi bab gila2 serah kat dia. hmmm...
ain: ni rumet aku selama 2sem ijazah.alhamdulillah macam bermimpi dapat rumet dengan dia.masa diploma ada masalah sikit,masa tu start rapat,masing2 memerlukan antara 1 sama lain.kami selalu contact walaupun dah habis diploma.n tak sangka bila sambung ijazah dapat jumpa lagi.Ain baik orangnya,caring,selalu bagi kata2 semangat dan nasihat. Kawan yang paling banyak tahu tentang saya.80% saya share masalah saya kat dia.pasal pelajaran,family,suka duka&secret2. Menyokong segala yang aku buat.banyak tolong aku time aku susah.datang je susah mesti muka dia yang akan tolong aku.sikit2 dia sikit2 dia,memang tak de orang lain la yang sanggup tolong aku.aku pun kalau susah paling senang nak minta pertolongan mesti ngan ain je,dia banyak berkorban demi sahabat,dia seorang yang setia kawan.dan aku takkan sia2 kan persahabatan kami.garang tapi baik.setahun sebilik memang kenal sangat diri dia macam mana.so lagi senang nak handle kalau ape2 berlaku. ;-0)
walau apapun, mereka tetap aku sayang. sebab tu bes kan bila berkawan ramai2 macam nie, pelbagaian ragam pun banyak,
#maaf kawan andainya selama kita bersahabat, aku ada menyakitkan atau membuat kalian terasa hati dalam diam atau tidak.
aku juga insan biasa yang dalam xsedar menyakitkan hati manusia yang lembut.
semoga persahabatan kami kekal hingga ke syurga. AMIN.
Jika ada teman yang meminta maaf darimu ,maafkanlah mereka dan segera minta maaf dengan dia pula.
dengan adanya sikap sebegini.Pasti keikhlasan dalam bersahabat terpancar bersinar suci DAN kekal abadi buat selamanya.
| Raptai konvo 1 Dis 2013 |
ni picture kesayangan .
ada pepatah berkata:
jika ingin dapatkan teman yang betul2 baik buatlah dia marah..
jika dia menjauhi kita dan mengata ttg kita pada orang lain,dia bukanlah sahabat kita malah ia musuh kita.
namun jika ia tetap bersama,dialah sahabat kita yang sebenar2nya .
Dalam bersahabat tidak boleh ada sifat dengki,cemburu,dendam,terlalu taksub dengan sahabat.kadang2 mereka memang sahabat tapi bukan 24jam perlu berkepit dengan kita.dia memang sahabat kita,tapi tidak semua perkara perlu diberitahu pada kita.jadi kawan2 jangan mudah melenting dalam bersahabat kerana setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.
biarkan yang berlalu dan biarkan yang sudah pergi.yang pergi mungkin akan membawa yang lebih baik buat kita,mungkin allah memisahkan antara sahabat dari kita kerana DIA tahu sahabat itu tidak baik untuk kita dan memberi yang lebih terbaik buat kita.Jadi setiap yang terjadi ingatlah ALLAH yang berkuasa seluruh alam.
terima qada' dan qadar.tinggalkan siapa yang sudah meninggalkan kita,dan rapatlah dengan siapa yang ingin rapat dengan kita.sesungguhnya apa yang berlaku ada sebabnya.
Apa yang penting:-
cubalah menerima segala kekurangan dan kelebihan yang terdapat dalam diri sendiri dan orang lain.
KERANA
setiap insan di muka bumi ini tidak sempurna ..
dan ALLAH jadikan sebegini secara adil kerana
kekurangan n kelebihan yang ada pada diri masing-masing merupakan
PELENGKAP KEHIDUPAN KITA sebenarnya.
tanpa semua itu kita tidak akan sempurna melainkan kita semua bergabung dan bersatu. :)
