terima Kasih sahabat kerana sudi meluangkan masa bersama, walau manis nya cuma sementara.
Manisnya sekadar dalam skeping gambar, aku harap kalian tak lupakan aku di sini.
Maafkan aku seandainya sepanjang kita bersama, belajar bersama, group bersama, banyak menyakiti dan membuat hati kalian terluka kerana Aku, atau kalian mungkin terfikir aku tidak berguna atau aku tidaklah sehebat kalian, aku minta maaf. kerana ALLah dah tetapkan kemampuan aku setakat ini, dan mungkin bukan rezeki lagi untuk mencapai ke arah kecermelangan.Aku belum lagi dapat membantu kalian melicinkan kerja asgment n presentation. dan mungkin dah xberpeluang ke arah tu. maaf maaf maaf. Tapi aku sudah sedaya upaya buat yang terbaik. Maaf seandainya aku langsung tidak membantu kalian dalam urusan asgment... kerana aku fikir siapalah aku untuk mendengar luahan pendapat aku. Biarlah aku membisu dari termakan hati. maafkan aku kerana aku hanya insan biasa.
tapi.....
tanpa kalian, aku rebah.. kerana kehadiran kalian pada 2013 memberi kegembiraan tak terkata buat aku, Allah hadirkan aku teman2 yang pelbagai ragam dan sering menghiburkan aku sehingga aku kering gusi. Kalian pun banyak membantu aku dalam pelajaran. TApi... mugkin kealpaan aku membuatkan aku jauh dengan Allah, dan Allah tarik kegembiraan aku dengan menjauhkan aku dengan korang. yup! Allah murka.
Aku redha dan bersyukur, walau berjauhan, paling kurang kalian tak melupakan aku yang kerdil ini. Jadi oleh kerana kita ramai, jarang dapat bersama macam dulu, jrang dapat keluar bersama-sama,makan bersama2, ketawa bersama2, dan bila nak berckap ,ade sesetengah kalian tengah dilanda pergolakan hati, aku xsempat nak bercakap & meminta maaf sbb risau hubungan ini makin renggang, aku biarkan saja dan mampu bukak blog n luah aje kat siini..
Pertama sekali, minta maaf kat Bella sebab pasal kasut tu, hubungan dah makin jauh, buat pengetahuan mu aku dah lama maafkan mu. terima kasih sudi kawan ngn aku. &masih boleh tersenyum walaupun senyumanmu dah xseindah dulu. dah tawar.Andai aku banyak sakitkan hatimu, tolong maafkan aku dari hujung kaki sampai atas kepala,
Buat Engku, sori kalau ada perkataan yang pernah saya terkuat suara atau ada yang bertelingkah pendapat slama ni, maaf andai nasihat yang Engku bagi buat saya bercakap dengan suara yang tinggi, tapi jangan risau, dalam hati ni tetap tertanam segala nasihat yg ENgku bg selama ni , tq. mAafkan atas semua yg saya buat.
Buat Farah, maaf andai gurauan aku terlalu kasar, da buat kan mu rasa terluka dari sudut hati, maaf. mAaf mase rumah sewa dulu kalau mu ade terkecil hati pasal aku nak duk katil tingkat bawah. aku tau mu terasa. maaf kalau aku banyak susahkan mu. n banyak lagi aku mungkin tak ingat ...
bUat Intan & Chah, dalam masa terdekat ni... aku minta maaf kalau mase nak buat keputusan nak bentang tu , aku tak respon. sebab aku tengok kata2 kat grup tu mcm kata-kata tegang, jadi aku bimbang mesej aku akan buat orang lagi panas hati. maaf sangat2. tapi terima kasih sebab ikhlas tolong sahabat2 kita. terima kasih and mitak maaf sangat. moga kebaikan & keikhlasan dlaam menolong tu terbalas oleh Allah.
Buat Wahed, sori atas segalanya, sori jika ada terlanjur bicara dan gurau2 senda yg kasar. kot kot ada tersentap. he he he... terima kasih terima sebagai sahabatmu.
BUat Ain& PaPAah.. maaf juga atas semuanya. terima kasih atas segalanya.
Ini sahaja nukilan dari aku.....









